Ads 468x60px

Wednesday, August 27, 2014

Anak sering demam, batuk & selesma








Cegah demam, batuk dan selsema!

Hati mana yang tak runsing bila melihat anak kesayangan kita sering demam, batuk dan selsema. Tak boleh tidur dibuatnya. Kesian melihatnya bila asyik batuk sahaja terutama ketika waktu malam.  Kalau dibiarkan boleh melarat menjadi batuk berkahak dan demam. Kadang-kadang kalau dah teruk sangat terpaksalah mendapatkan rawatan dengan doktor. 

Walau bagaimanapun, penggunaan ubat batuk untuk kanak-kanak berumur lebih 2 tahun tetap kurang digalakkan kerana :
  • Demam, batuk atau selsema sering disebabkan oleh jangkitan virus.Anak akan beransur pulih dengan sendiri berdasarkan ANTIBODI dan tidak perlu ubat-ubatan. 
  • Apa yang diperlukan oleh anak ialah rehat dan pengambilan air yang secukupnya.

Kesan buruk yang berlaku akibat pengambilan ubat batuk dan selsema ialah sawan, peningkatan kadar denyutan jantung, menurunkan paras kesedaran dan kematian mengejut. Kanak-kanak yang kurang 2 tahun TIDAK digalakkan untuk mengambil antihistamine kerana fungsi organ yang belum berkembang dan belum matang sepenuhnya.




Sebenarnya agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema. Antara sebabnya:

  • Sekiranya jangkitan yang disebabkan virus,antibiotik tidak sesuai kerana ia dicipta untuk membunuh bakteria..
  • Antiviral pula memang dicipta untuk membunuh virus tetapi ada kesan sampingan yang merbahaya.Jadi ia tidak diluluskan sebagai ubat untuk merawat gejala selsema batuk ini.
  • Nasal Spray pun tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak
  • Ubat batuk pula sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak especially yang Berumur 2tahun kebawah.Sememangnya ada kajian menunjukkan ia gagal menyembuhkan batuk kanak-kanak.

Batuk dan selsema ialah satu gejala yang dihasilkan oleh sistem imunisasi badan kita iaitu salur pernafasan hidung dan tekak dijangkiti oleh virus penyebab selsema.Umumnya kita akan cuba menentang virus selsema ni dan gejala ini akan dialami dalam 5-7 hari. Sebenarnya batuk dan selsema ni tak boleh sembuh dengan pengambilan ubat. Doktor biasanya akan bagi ubat untuk kita berehat dan pulihkan sistem imunisasi badan kita.

Namun sebagai ibu bapa kita perlu menanamkan konsep 'prevention is better than cure' untuk anak-anak. Kita perlu memastikan anak kesayangan kita mendapat nutrisi yang cukup dan lengkap. Sebelum melarat kita boleh merawat batuk dan selsema anak kesayangan kita dengan Shaklee. Bagaimana Shaklee boleh membantu? Jom kita baca seterusnya.  

Omega Guard 

 


  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi apabila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler
  • Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, kajian menunjukkan kanak-kanak yang mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas
  • Dapat merawat penyakit eczema dr dalam, biasanya ibu-ibu ambil alternatif utk menyapu ubat luaran sahaja tetapi beberapa lama kemudian akan muncul kembali. Dengan pengambilan omega 3 dapat mengelakkan masalah eczema.
  • Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak-kanak lebih cergas dan aktif dan membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar.

 
  • Melindungi dari Influenza, selsema
  • Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara.
  • Berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza
  • Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu dan sebagainya
  • Sangat sesuai diamalkan jika kerap mengunjung ke tempat yang sesak seperti pasar malam, pasaraya, kawasan pelancongan dan berada di luar negara.
  •  Mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
  • Sesuai untuk yang kerap demam dan batuk lebih dari seminggu


Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.
 
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang sukar menelan tablet
  • Untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta struktur am badan

Mencegah lebih baik dari mengubati. Sayangilah anak-anak kita. Sesungguhnya harta yang paling bernilai ialah anak. Rawatlah demam, batuk dan selesma anak kesayangan kita dari awal sebelum ia melarat menjadi serius.
 * DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

JOM ORDER SHAKLEE!!!!

Maslawati Masri
 ✉ PM : www.fb.com/messages/Maslawati Masri
 ✆ CALL/ SMS : 012-8794379 (Mas)
Whatsapp : 017-2705684
Read more...

RESDUNG



Resdung (sinusitis) adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya. Sebenarnya resdung bukan hanya boleh menyerang hidung anda sahaja, ia juga boleh menjangkiti mana-mana bahagian badan anda.

Apakah Sinus?

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bahagian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman bakteria akan membiak dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.


Boleh Membawa Maut

Ramai beranggapan rawatan penyakit resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini?

Penyakit resdung sememangnya tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada pesakit yang tertanggal telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung.

Resdung merupakan sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

Siapa Yang Berisiko?

Mereka yang :

* Alah kepada habuk, debu dan asap
* Elergi kepada makanan laut, pisang dll
* Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
* Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Komplikasi

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi yang serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat.

Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40%.

Tanda-tanda Awal

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan :

Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut

Rongga Mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur

Rongga Hidung
- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung

Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah pendengaran

Rongga Pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan di bawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka

Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit

Dada
- Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan

Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit
- Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak

Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

Peringkat Rawatan

* Peringkat 1 : Memakan ubat-ubat yang diberi oleh doktor biasa
* Peringkat 2 : Meletakkan ubat pada bahagian dalam badan oleh pakar
* Peringkat 3 : Pembedahan pada bahagian-bahagian berkenaan oleh pakar

Sumber : www.sihatselalu.com.my
Read more...

Nak kulit sihat & cantik??


Ini dia!!!! Set Penjagaan Kulit dari SHAKLEE

Ada B-COMPLEX, VITAMIN C, VITA-E COMPLEX, GLA COMPLEX & ESP


 * DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

JOM ORDER SHAKLEE!!!!
   
Maslawati Masri
 ✉ PM : www.fb.com/messages/Maslawati Masri
 ✆ CALL/ SMS : 012-8794379 (Mas)
Whatsapp : 017-2705684
Read more...

Tuesday, August 26, 2014

Kulit lembap nampak lebih muda





Kulit merupakan penghadang yang melindungi tubuh daripada radiasi serta trauma mekanikal dan kimia. Kulit juga berfungsi mengawal suhu badan, sebagai deria, melindungi daripada jangkitan kuman serta sebagai cara berkomunikasi sosioseksual.

Adalah penting untuk kita mempastikan kulit sentiasa lembap bagi mendapatkannya sihat dan nampak muda.

Pelembab Kulit

Untuk itu, gunakan pelembap kulit yang sesuai dan cepat meresap ke dalam kulit. Jangan gunakan pelembap yang sebarangan kerana terdapat pelembap kulit yang hanya akan menyebabkan kulit menjadi rosak dan bertambah kering.


Kulit orang dewasa mengandungi 60 peratus kelembapan sementara bayi sebanyak 80 peratus.

Jadi, semakin berusia seseorang itu kulitnya juga menjadi semakin kering. Oleh itu sentiasa gunakan pelembap kulit yang sesuai setiap hari bagi mengekalkan kelembapan.

Amalan Lain

Bersenam juga membantu mendapatkan kulit yang cantik kerana apabila seseorang itu bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke kulit dan mengurangkan tekanan.

Selain itu, tidur yang mencukupi juga penting kerana proses tidur membantu sel untuk bertenaga semula dan memberi kesan kepada kulit.


Pemakaian topi, payung atau penutup kepala dan baju berlengan panjang apabila keluar rumah juga sedikit sebanyak membantu mengekalkan kelembapan lebih lama. Kulit yang terdedah pada sinar matahari secara terus bukan saja nampak kering bahkan mudah berkedut dan kusam.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa merokok juga membuatkan kulit cepat menjadi kering dan nampak tua kerana perjalanan darah ke kulit tersekat.

Amalkan banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kedua-duanya mengandungi air, vitamin dan mineral.

Sumber: www.sihatselalu.com.my
Read more...

Supplement bagi yang mempunyai masalah gastrik

Sering mengalami masalah gastrik???

Supplement dari Shaklee seperti ESP, Peepermint-Ginger Plus & Ostematrix Insha Allah membantu menangani masalah gastrik

1) ESP - Sangat penting untuk proses pemulihan ( perasa vanilla dan bagi yang tidak suka dengan susu )
2) Ostematrix - Memperbaiki hiperaktiviti perut & sakit gastrik
3) Peppermint- Ginger Plus - Membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi



* DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

JOM ORDER SHAKLEE!!!!

Maslawati Masri
 ✉ PM : www.fb.com/messages/Maslawati Masri
 ✆ CALL/ SMS : 012-8794379 (Mas)
Whatsapp : 017-2705684
Read more...

Monday, August 25, 2014

Tanda & Rawatan Gastrik

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOsdoGy0cS6R_7rWgbOSWSorsQxVnKyliGyOtRHL63f0SjhP35UOxcdAijbnO08t-sbBWg12i0aiDB64YX41fsf0GljO-pWpWRTRYp0Foa1SWGx5veCaeG7XwbU3bQo5YUkcGgYdylnALn/s1600/stomach+ache+gastric.jpg





Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.


Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing


Sumber : www.sihatselalu.com.my
Read more...

Sunday, August 24, 2014

Gla Complex



* Diekstrak dari evening primrose dan borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO
* Sebiji kapsul mengandungi 300mg GLA dan ini adalah sumber terbaik Omega-6




Kebaikan GLA Complex:

1) Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
2) Membantu meningkatkan kesuburan
3) Melegakan PMS ( sindrom pra-haid )
4) Membantu dalam menangani menopus
5) Menguatkan kuku & rambut
6) Menjadikan kulit lebih sihat & berseri
7) Membantu menangani ekzema
8) Melegakan simptom akibat artritis neumatoid
9) Mengandungi vit E untuk menguatkan dinding arteri
10) Menguatkan imuniti tubuh
11) Memperlahankan proses penuaan
12) Mengurangkan blood- clust yang boleh menyebabkan serangan jantung
13) Mengawal kencing manis & darah tinggi
14) Mengawal kolesterol
15) Untuk fungsi saraf

* DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

JOM ORDER SHAKLEE!!!!

Maslawati Masri
 ✉ PM : www.fb.com/messages/Maslawati Masri
 ✆ CALL/ SMS : 012-8794379 (Mas)
Whatsapp : 017-2705684
Read more...

Bingung dengan haid yang tidak teratur????


HAID TIDAK TERATUR 

KEDATANGAN haid tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang membimbangkan kaum wanita, kerana kitaran haid yang tidak teratur sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Bahkan, wanita yang mengalami haid terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan mereka menopaus sebelum waktunya.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari.

Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.





Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus.

Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.

Rawatan paling popular adalah rawatan jangka pendek menggunakan hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon progesteron boleh diambil untuk beberapa hari. Manakala pil hormon berkombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak. Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium.

Rawatan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan senaman untuk mereka. Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan. Wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.

Kesan sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon kesuburan boleh menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko mendapat kehamilan kembar (dua atau lebih) boleh berlaku. Pengambilan pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening. Penghidap PCOS pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome. Segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan darah, berat badan, ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.

Bagi wanita yang melakukan hubungan seks, pemeriksaan dalaman juga boleh dilakukan seperti ultrasound ke atas rahim dan ovari serta ujian darah. Ini untuk memastikan gangguan ini bukan disebabkan penyakit lain.

Sumber Dr Adilah Ahmat - Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI)
Read more...

Monday, August 18, 2014

Vitamin C & en Suami

Dah lama tak update blog...rindu nak sharing ngan kwn2...sehingga hari ini, hubby dah makan vitamin c dan dah jarang flu, sejak belum berkahwin, hubby selalu flu...flu sehinggakan hubby tidak mahu untuk membuat apa2...beliau hanya akan ambil 2 biji ubat flu dan terus tidur!!!! saya sangat risau keadaan beliau,  namun kini beliau tidak lagi bergantung dengan ubat flu...Alhamdulillah...
Read more...

Saturday, May 3, 2014

Kebaikan ESP Soy Protien Isolate Powder

Manfaat Utama ESP:

  •  Awet muda - mengandungi asid amino untuk  membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland & lain2
  • Baik untuk hormon - kacang soya yang kaya dengan isoflavones (fungsi seperti hormon wanita). Membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis & sakit jantung
  • Baik untuk prostat - Ginestin mengekang pertumbuhan & perebakan sel kanser. Baik untuk pemulihan uterus, ovari, menopaus & pembesaran prostat
  • Kulit remaja - merangsang pembentukan semula kulit & otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit & kepejalan otot, percepat sembuhan luka & mengurangkan kesan parut
  • Pembekal tenaga - meningkatkan sistem imun, mencegah migrain,imsomnia, & tekanan
  • Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut beruban & gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan & kesan tua
  • Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual & rangsangan

Kenapa protien sangat penting???

  • Merupakan bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ & tisu dalam badan serta kompenan utama untuk hormon manusia
  • Merangsang fungsi psikologi
  • Kekurangan protien menyebabkan kelemahan dalam  sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah & hormon
  • Menyebabkan kegagalan fungsi organ yang boleh menyebabkan kematian.

Tahukah anda apa itu asid amino???

  • Protien terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino. Menghasilkan jenis protien yang berbeza mengikut kepada keperluan protien & enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.
  • Tubuh manusia boleh menghasilkan asid amino tertentu yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. ( asid amino tidak perlu)
  • Asid amino perlu tidak boleh dihasilkan melalui tubuh badan manusia & harus diperolehi dari sumber pemakanan ( pengambilan ESP )

Cadangan pemakanan:

  • 2 - 3 kali sehari, 2 sudu besar (perut kosong) ( boleh dicampur dengan Meal Shakes & Permormance Drink)


Read more...

Friday, May 2, 2014

KENALI ESP SOY PROTIEN ISOLATE POWDER

  • Makanan tambahan yang berasaskan soya
  • Protien soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul
  • Kacang soya yang mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism ), diproses pada kadar suhu yang rendah
  •  Satu tin ESP (850 kg) dihasilkan dari 30 kg kacang soya & memberikan sumber tenaga 
  • Penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaiti 39, sangat sesuai untuk penghidap penyakit kencing manis
  • Satu hidangan ESP bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur,12 ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric & sangat mudah diserap untuk tubuh manusia.
Read more...

PROMOSI MEAL SHAKES!!

 
15 Kebaikan Meal Shakes untuk kanak-kanak

Bulan Mei adalah bulan untuk Meal Shakes. Promosi beli 6 percuma 1. Tiada yang bernilai dari mendapat kesihatan untuk anak-anak. Pelaburan dari segi wang ringgit perlu untuk mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk anak kita.

Anak saya sendiri, Musyrif & Muqri telah mengambil Meal Shakes

Perisa Vanilla yang sedap & disukai oleh semua golongan. Dapatkan segera!! harga & kuantiti yang jimat untuk wang anda...boleh dijadikan stok dalam tempoh yang sangat panjang
Read more...

DOA MURAH REZEKI

Semoga kita mendapat rezeki kesihatan, kelapangan masa, rezeki wang & sebagainya.
Read more...

Thursday, May 1, 2014

Tentang Meal Shakes


Meal shakes sesuai untuk semua golongan iaitu bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera

Mulakan sarapan pagi yang penuh berkhasiat dengan Meal Shakes.

MANFAAT UTAMA MEAL SHAKES :

  • Nutrisi lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin & mineral oleh tubuh. Juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  • Membekal nutrisi kpd sel tubuh- kaya dengan protien ( tidak mengandungi laktosa ), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah imun dan lain-lain
  • Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, selenium yang merupakan agen anti-oksida untuk beetindak melawan jangkitan & melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat dan memberikan kompleksi wajah/ kulit yang lebih cantik
  • Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
  • Rasanya yang LAZAT - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktros semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral & juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua GOLONGAN.

CADANGAN PENGGUNAAN:
  •  Campurkan 2 sudu besar Meal Shakes bersama Energising Soy protien & Performance ( ketiak perut kosong ) atau diminum begitu sahaja tanpa campuran
  • Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur/ kidar bersama buah-buahan, Energising Soy Protien atau apa jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati dalam air sejuk ataupun panas


Read more...

Jatuh cinta dengan SHAKLEE gara-gara meal shakes




Kenapa saya memilih Meal Shakes???

Sebelum ini anak saya yang pertama iaitu Musyrif ( 3 tahun 7 bulan ) mempunyai masalah SEMBELIT yang sangat2 membingungkan kami sekeluarga. Anak saya sangat sukar membuang AIR BESAR. Bayangkan anak saya akan mengambil masa 2-3 jam untuk membuangair besar. Pernah juga Musyrif mengadu hendak membuang air besar sejak pagi dan berlanjutan hingga ke malam. Saya juga pernah bangun 2 pagi dan melayan Musyrif sakit perut. Setiap kali Musyrif SUKAR membuang air besar sehingga berjam-jam...jalan penyelesaian kami adalah dengan memberikan Musyrif ubat yang dimasukkan ke dalam saluran najis. Dan perkara ini sangat merisaukan saya kerana saya takut Musyrif terlalu bergantung dengan ubat.

Musyrif tidak suka minum susu tepung sejak awal tahun ini dan bertukar kepada milo. Saya sangkakan milo adalah penyebab masalah sembelit. Saya pernah menukar pelbagai jenama dengan harapan masalah sembelit akan selesai namun Musyrif tidak mahu susu tepung ( saya SANGGUP menukar pelbagai susu tepung walaupun  hanya 1 kali penggunaan setiap jenama susu tepung)

Sehinggalah adik saya sendiri telah memberikan MEAL SHAKES untuk percubaan. Dalam masa beberapa hari pengunaan Meal Shakes, saya dimaklumkan oleh emak saya Musyrif telah buang air besar tanpa ubat. Betapa gembiranya saya...

Dengan Meal Shakes, bermula lah episod saya menjadi pengedar sah SHAKLEE.
Saya boleh beli produk shaklee dengan harga ahli...

Kita tidak tahu jika tidak mencuba sesuatu produk. Saya hanya berusaha, doa & tawakal.

Dan akhirnya masalah SEMBELIT anak saya telah selesai. Satu nasihat daripada rakan pengedar iaitu banyakkan MINUM AIR PUTIH kerana meal shakes adalah protien.

Semoga kita semua menjadi SIHAT & CANTIK bersama SHAKLEE :-)


Read more...

Saturday, April 26, 2014

Pengedar Shaklee Limbang Sarawak.

Pengedar Shaklee Limbang Sarawak.

Assalamualaikum dan salam perkenalan,


Saya Maslawati Masri Pengedar Shaklee di Limbang & Brunei .Anda boleh hubungi saya di talian 012-8794379 (HP) / 017-2705684 (Whatsapp)

* DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

JOM ORDER SHAKLEE!!!!
 
Maslawati Masri
Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews